Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

TINGKATAN 6



LATAR BELAKANG
Tingkatan 6 ialah kelas pengajian tertinggi di sesebuah sekolah menengah atas. Kelas ini menyediakan pelajarnya untuk mengikuti pengajian ijazah di universiti awam, dan sering digelar sebagai Prauniversiti.

Pelajar Tingkatan 6 akan belajar selama satu tahun setengah sebelum menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Pelajar yang lulus dalam peperiksaan ini dan menepati piawaian Unit Pusat Universiti (UPU) akan dipilih untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana universiti awam yang menawarkan kursus yang dipilih.

PENGAMBILAN PELAJAR
Pelajar di Tingkatan 6 diambil daripada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pengambilan dilakukan secara automatik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan. Oleh itu, pelajar lepasan SPM tidak perlu membuat permohonan.

Lazimnya pelajar yang terpilih akan mendaftar pada bulan Mei pada setiap tahun. Mereka mendaftar sebagai pelajar Enam Bawah yang akan mengikuti pengajian sehingga bulan November tahun berikutnya.

Aliran yang ditawarkan terdiri daripada aliran sains dan kemanusiaan. Namun begitu, SMK Sultan Omar hanya melaksanakan aliran kemanusiaan. Mata pelajaran yang ditawarkan ialah Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, dan pilihan antara Ekonomi, dengan Pengajian Perniagaan.

Guru yang mengajarkan mata-mata pelajaran berkenaan ialah Guru Akademik Tingkatan Enam. Guru-guru itu dilantik secara khas kerana mereka dilantik atas nama mata pelajaran.


SISTEM PENGAJIAN DI TINGKATAN ENAM
Mulai 2013, pelajar Tingkatan Enam mengikuti Sistem Baharu STPM. Sukatan pelajaran dan peperiksaannya dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Pelajar akan belajar dalam tiga penggal, seperti yang berikut.

       *Semester 1:  Mei - November
       *Semester 2:  Januari - Mei
       *Semester 3:  Mei - November

(*Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membasmi Covid-19 dilaksanakan mulai tahun 2020, waktu untuk pengajian dan peperiksaan setiap semester tidak mematuhi waktu di atas. Peruntukan waktu ditetapkan mengikut keperluan semasa.)

Pada setiap hujung penggal, pelajar akan menduduki peperiksaan yang dipanggil Semester 1, Semester 2, dan Semester 3. Perolehan poin dari setiap penggal akan dicampurkan untuk mendapat keputusan secara keseluruhan.

Calon akan menduduki peperiksaan pada waktu yang ditetapkan, dan diawasi oleh Pengawas Peperiksaan yang terdiri daripada guru Tingkatan 6 dari sekolah lain. Skrip jawapan calon akan diperiksa oleh pemeriksa dari negeri lain yang dilantik oleh MPM.

Selain peperiksaan, calon perlu menyiapkan kerja kursus bagi setiap mata pelajaran yang diambil. Penulisan kerja kursus akan menjadi sebahagian daripada peperiksaan. Kegagalan calon menyiapkan mana-mana kerja kursus akan menyebabkan kegagalan dalam mata pelajaran berkenaan. 

       Pengajian Am:               Kajian ilmiah (Semester 2)
      Bahasa Melayu:             Penulisan esei berformat (Semester 2), kajian ilmiah (Semester 3)
       Sejarah:                         Kajian ilmiah (Semester 2)
       Pengajian Perniagaan:  Kajian ilmiah (Semester 3)
       Ekonomi:                       Kajian ilmiah (Semester 3)


TENAGA PENGAJAR TINGKATAN 6 
SEMASA





PENOLONG KANAN TINGKATAN 6 

Tuan Haji Mazlan bin Haji Mohd


Guru Akademik Pengajian Am

Puan Hajah Asniyati binti Ariffin
(Ketua Panitia)


Puan Nor Naemah binti Mohd Nor


Tenaga pengajar lain yang pernah berkhidmat:
1.  Puan Hajah Razifah binti Abd. Ghani



Guru Akademik Bahasa Melayu

Encik Suhaimi bin Mohd Salleh
(Ketua Panitia)

Puan Hajah Norpishah binti Shafiee

Tenaga pengajar lain yang pernah berkhidmat:
1.  Puan Norizan binti Mohd


Guru Akademik Sejarah

Puan Azlizatul Akma binti Othman
(Ketua Panitia)

Puan Hajah Robiah binti Husain

Tenaga pengajar lain yang pernah berkhidmat:
1.  Encik Mohd Marzuki bin Mat Jusoh
2.  Puan Rohani binti Mohd Nor


Guru Akademik Pengajian Perniagaan

Puan Sabariah binti Abdul Razak
(Ketua Panitia)


Encik Ahmad Fakhruddin bin Ismail


                                   Tenaga pengajar lain yang pernah berkhidmat:

1.  Puan Saira Begum binti Abdul Majeed
2.  Puan Siti Zubaidah binti Fazai


Guru Akademik Ekonomi

Puan Hajah Fauziah binti Ali
(Ketua Panitia)


Guru Akademik MUET


Puan Rozita binti Mohamed Kassim
(Ketua Panitia)


Encik Ahmad Hamdany bin Ahmad Halimy

Tenaga pengajar yang pernah berkhidmat:
1.  Puan Rozana binti Mohammed Hassan
2.  Puan Rosni binti Ibrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan