Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

PENGENALAN : Sejarah


SEJARAH SMK SULTAN OMAR


PENGENALAN
SULTAN OMAR yang terdapat pada nama SMK Sultan Omar ialah Sultan Umar, sultan Terengganu yang kesembilan. Baginda menaiki takhta dengan gelaran “Baginda Umar” pada tahun 1839 hingga 1875, menggantikan Sultan Muhammad I. Baginda digambarkan berbadan besar, berambut ikal, berkulit putih, tinggi, kuat dan sasa, berhidung mancung, dan matanya tajam, selalu memakai tanjak, dan berjalan menggunakan tongkat sepanjang enam kaki. Tongkat itu sebenarnya sebatang meriam besi kecil atau lela.


Baginda dikatakan terlibat dalam perang saudara di Pahang dengan membantu Wan Ahmad memberikan perlindungan kepada Sultan Mahmud di Riau dan pernah berada di Dungun buat seketika. Kaitan baginda dengan Dungun itulah kemungkinan besarnya menyebabkan nama baginda diabadikan untuk sekolah terulung di Dungun ini.

MUNCULNYA SMK SULTAN OMAR
SMK Sultan Omar berasal daripada sekolah rendah yang dikenali sebagai Dungun English School (DES). Sekolah yang mula beroperasi pada tahun 1955 ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.


Kewujudan SMK Sultan Omar bermula pada tahun 1959 dengan bermulanya sebuah kelas tingkatan satu. Kelas ini diisi oleh 35 orang murid DES yang lulus Malayan Secondary School Entrance Examination pada tahun sebelumnya. Oleh itu, tingkatan satu ini merupakan DES peringkat menengah, yang masih dalam satu pentadbiran dengan DES peringkat rendah. Guru besarnya pada masa itu ialah Encik Abdul Manap bin Said. .....

[ Artikel penuh boleh dimuat turun dalam bentuk PDF. Sila klik tajuk ini: SEJARAH ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan