Sewajarnya...

TAHUN 2022 - ULANG TAHUN KE-64 SMK SULTAN OMAR... TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE LAMAN SESAWANG SMK SULTAN OMAR, DUNGUN, TERENGGANU ::::::::: "SEPAKAT MENJULANG DESSO CEMERLANG" :::::: KAMI BERBANGGA DAPAT BELAJAR DAN BERKHIDMAT DI SMKSO :::::

Tarikh Kemas Kini

TARIKH KEMAS KINI: 16 April 2023 [11:40 pagi] +++++ MULAI TAHUN 2021, SMK SULTAN OMAR MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) DAN PERINTIS PROGRAM SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, AND MATHEMATIC (STEM) DAERAH DUNGUN

Prasarana


KEMUDAHAN-KEMUDAHAN utama yang terdapat di DESSO adalah seperti yang berikut:

1.  Dewan Sekolah - "Dewan Warisan"


DEWAN ini dipercayai wujud semenjak sekolah ini ditubuhkan (1959), atau sekurang-kurangnya beberapa tahun selepas itu. Pada asalnya, dewan ini digunakan untuk perhimpunan mingguan pelajar. Dewan ini juga kerap digunakan oleh pihak di luar sekolah, termasuk Pejabat Pendidikan Daerah Dungun, dan agensi lain. Di dalam dewan ini terdapat sebuah pentas. Pada setiap hujung tahun, dewan ini digunakan oleh pelajar Tingkatan 5 untuk menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dewan ini boleh memuatkan sebuah gelanggang badminton.


2.   Makmal ICT


MAKMAL ini terletak bersebelah dengan Surau Al-Ikhlas, yang mengandungi dua buah bilik dengan kelengkapan 20 buah komputer untuk setiap bilik.


3.  Trek Olahraga




TREK olahraga ini dibina pada tahun 2009. Inilah satu-satunya trek olahraga yang berstandard kebangsaan yang terdapat di Dungun. Selain balapan, terdapat juga gelanggang lompat jauh, lompat kijang, lontar peluru, lempar cakera, dan lontar lembing. Dengan adanya trek ini, Kejohanan Olahraga MSSM Daerah Dungun akan diadakan di sini, malahan turut melibatkan Kejohanan Olahraga MSSM Negeri Terengganu. Trek ini digunakan buat pertama kalinya untuk Kejohanan Olahraga MSSM Dungun Ke-41 pada 29 Mac 2010 hingga 1 April 2010.



4.  Surau Sekolah - "Surau Al-Ikhlas"




SURAU Al-Ikhlas asalnya sebuah surau yang dipercayai didirikan pada awal era 80-an, ketika SM Sultan Omar sudah bertukar daripada aliran Inggeris kepada aliran Melayu. Persekolahan dua sesi menyumbang kepada penggunaan surau yang maksimum. Hal ini mendorong pihak pengurusan sekolah melaksanakan penambahbaikan dari segi ruang solat dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 

Pada tahun 2004, semasa pentadbiran Encik Abdul Malik bin Musa Dali sebagai pengetua, surau ini dikenali dengan nama Surau Al-Ikhlas. Menginjak tahun 2012, selepas Surau al-Ikhlas mengalami pembaikian dan penambahbaikan secara besar-besaran dari segi fizikal dan kemudahannya, Pusat Islam DESSO diwartakan sebagai nama rasmi oleh pengetua terkemudian, Encik Abdul Rahman bin Husin. Nama baharu ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Dungun, Tuan Haji Matulidi bin Jusoh pada 19 Februari 2012, bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.

Namun begitu, mulai 2014, nama Pusat Islam DESSO ditukarkan kembali kepada nama sebelumnya, Surau Al-Ikhlas supaya bersesuaian dengan tahap institusi sekolah. Penjenamaan kembali ini disempurnakan oleh Encik Wan Su bin Wan Jaffar, Pengetua DESSO yang baharu.

Pada tahun 2014, surau ini menyertai Pertandingan Anugerah Surau Imarah Kategori Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan dan memenangi hadiah ketiga.

Dipetik daripada Laman Surau Al-Ikhlas DESSO
 http://pusatislamsmkso.blogspot.my/

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan